Persekitaran Taman Herba
Persekitaran Taman Herba
Sekolah Kebangsaan
Budu
Selamat Datang!
Sekolah Kebangsaan Budu merupakan kategori SKM. Walaupun mempunyai bilangan murid dan guru yang sedikit. Pencapaian akademik dan kokurikulum amat penting serta sentiasa bergiat aktif sepanjang tahun.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.