Persekitaran Taman Herba
Persekitaran Taman Herba
Sekolah Kebangsaan
Budu
Sejarah Sekolah
Penubuhan Sekolah Kebangsaan telah dibuka pada 04.01.1899. Asal nama Kampung Budu yang mana diduduki oleh Orang Asli pada masa itu. Ketua atau lebih dikenali sebagai Batin yang bernama BUDU. Pada masa dahulu budu mempunyai sungai yang dalam bagi membolehkan perahu besar boleh melalui jalan sungai iaitu sungai Budu. Menurut cerita bermula apabila pedagang dari Pulau Indonesia seramai 6 orang mudik dari sungai Jelai ( lipis ) hingga ke sungai Budu ( Benta ). Sejarah Sekolah Kebangsaan Budu bermula dengan penubuhan Sekolah Malayu Budu. Ianya dibuka oleh Menteri Besar Pahang pada masa itu yang bernama Sultan Muhamad pada 04.01.1899 sempena nama pengasas kampung Budu iaitu Batin Budu dimana sekolah mempunyai seorang guru yang berasal dari Singapura yang bernama En. Ahmad . Cikgu Ahmad ini telah mengambil seramai enam orang pelajar pada permulaan. Gaji yang diberikan kepada Cikgu Ahmad pada masa itu ialah sebanyak RM4.00 sahaja. Setahun selepas itu gajinya dinaikkan kepada RM5.00. Kemuadian anak muridnya bertambah menjadi 20 orang. Setelah 5 – 6 tahun kemudian Cikgu Ahmad telah berpindah dan gantikan oleh Cikgu Mat Dom yang berasal dari Pulau Kabung Budu. Beliau mendapat pendidikan dari Kojel Tanjung Malim , Perak. Sekolah Malayu Budu telah dibina menggunakan kayu yang diperolehi dari hutan sekitar kampong Budu. Manakala atap sekolah ini dibuat daripada atap nipah. Kemudian atap telah diganti dengan atap pedar ( sejenis tumbuhan seperti pelepah pokok Salak ) . Atap pedar lebih mudah diperolehi ketika itu dan tahan lebih lama.
Memandang akan pertambahan murid Cikgu Mat Dom mengambil seorang guru untuk mengajar disekolah Malayu Budu sebagai guru Kaka. Selang beberapa tahun selepas itu Cikgu Mat Dom mengambil seorang lagi guru yang bernama Cikgu Mat Amin yang berasal dari Rembau, Negeri sembilan. Murid – murid pada masa itu adalah Cikgu Sharif, Cikgu Bedu, Cikgu Hitam bin Adam.
Memandang akan pertambahan murid Cikgu Mat Dom mengambil seorang guru untuk mengajar di sekolah Malayu Budu sebagai guru Kaka. Selang beberapa tahun selepas itu Cikgu Mat Dom mengambil seorang lagi guru yang bernama Cikgu Mat Amin yang berasal dari Rembau, Negeri sembilan. Murid – murid pada masa itu adalah Cikgu Sharif, Cikgu Bedu, Cikgu Hitam bin Adam. Cikgu Manaf, Cikgu Mat Yassin Hijau, Cikgu Long, Cikgu Hamid Abu, Cikgu Kassim. Cikgu Kassim telah berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari kampung Chat ( Pulau Pisang ).
Apabila peperiksaan besar ( Naik kelas / Kelas lompat ) murid – murid dari sekolah lain seperti sekolah Chat, sekolah Benta akan menjawab dan mengambil peperiksaan disekolah Melayu Budu pada masa itu. Menurut maklumat pada masa Cikgu Kassim mengajar di sekolah Melayu Budu murid telah meningkat kepada 40 orang. Perkembangan sekolah yang telah dirintis oleh guru tersebut telah menjadikan kampong Budu sebagai pusat pendidikan terawal di daerah ini dan juga merupakan salah sebuah sekolah terawal di negeri Pahang Darul Makmur. Kegigihan guru yang berasal dari Singapura bagi menarik lebih ramai murid untuk belajar di sekolah tersebut telah menyebabkan bilangan pelajar semakin bertambah.
Menurut maklumat dari penduduk setempat pada tahun 1950 pelajar Sekolah Melayu Budu telah meningkat kepada 207 orang pelajar dan 6 orang guru serta guru besar pada masa itu ialah En. Che Mohd Sharif b. Md. Salleh yang mula betugas pada tahun 1950 hingga 1955 kemudian pada tahun 1955 hingga 1958 dinganti oleh En. Che Awang b. Mohd Nor dimana pelajar seramai 203 orang dan guru 9 orang. En. Hitam b. Adam mengantikan Che Awang b. Mohd Nor pada tahun 1958 hingga 1968. Guru besar yang paling lama berkhidmat pada masa itu ialah En. Abdul Ghani b. Subuh yang berkhidmat dari tahun 1968 hingg tahun 1980 .
Berdasarkan sejarah , tapak Sekolah Melayu Budu ini pernah dijadikan kubu oleh Pejuang –pejuang dan hulubalang seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau ketika menentang penjajah British. Atas kesedaran tentang sejarah yang perlu diketahui oleh generasi muda maka JKKK kampung Budu telah menamakan tapak sekolah sekarang sebagai ”Tapak Warisan” .