Assalamualaikum.
Panitia Sains SK BUDU akan mengadakan pertandingan
“Corona Virus Paper Mache”.
Anda hanya perlu membuat satu replika Corona Virus menggunakan teknik “paper mache”.
Bahan-bahan
1. *Pom-pom benang*
2. *Kayu lolipop*
3. *Belon*
4. Tepung gandum
5. Garam
6. Warna
🤗*BAHAN 1, 2 & 3 boleh dibeli di sekolah dengan harga RM 2 sahaja*🤗
Langkah
1. Bina bahagian badan replika dgn menggunakan teknik “paper mache”. Rujuk di https://youtu.be/rPTBHshlYks.
2. Cat/warnakan badan replika
3. Lekatkan pom-pom kecil pada kayu lolipop.
4. Cucuk/lekatkan kayu lolipop tadi kepada badan replika.
5. Ambil gambar anda bersama hasil kerja dan hantar kepada 0145302998
6. Hantar replika anda ke Sekolah
🎁*Hadiah lumayan menanti anda*🎁
Tahap 1 : 5 orang pemenang
Tahap 2 : 5 orang pemenang
*TARIKH TUTUP PERTANDINGAN : 17 Julai 2020 (Jumaat)* Bahan: Belon, Kertas terpakai (digunting panjang), Tepung gandum, Garam, Batang kayu lolipop, Benang pom2, Masking tape, 2 bekas yg sesuai, Air, Gam UHU
Berikut adalah langkah pembuatan replika. Boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.
1. Tiupkan belon, ikat dan letak di atas bekas .
2. Isikan 2 cawan tepung di dalam bekas
3. Masukkan 1 sudu besar garam.
4. Masukkan air
5. Kacau hingga jadi seperti adunan lempeng. (Jgn cair sangat)
6. Letakan belon di atas kertas atau apa2 alas yg sesuai.
7. Celupkan kertas terpakai (yg digunting panjang) di dalam adunan tepung.
8. Lekatkan kertas yg bersalut tepung di atas belon.
9. Ulang langkah 8 hingga keseluruhan belon dilitupi oleh kertas. Keringkan lapisan pertama.
10. Setelah lapisan kertas yang pertama kering, ulang langkah 8 & 9 untuk lapisan kertas yg kedua. Keringkan.
11. Cucuk & keluarkan belon. Isikan ruang kosong replika dengan kertas terpakai. Langkah ini penting supaya replika lebih kukuh.
12. Tutup lubang yg ada dengan menggunakan masking tape.
13. Pastikan masking tape menutup keseluruhan lubang yg ada.
14. Cat / warnakan replika anda. Keringkan.
15. Letakkan gam UHU pada hujung batang lolipop.
16. Lekatkan benang pom-pom pada batang lolipop.
17. Ulang langkah 15 & 16 bagi semua batang lolipop yg ada.
18. Cucuk batang lolipop tadi pada badan replika.
19. Hantar gambar hasil kerja anda kepada cikgu Hazwani 0145301998.
20. Hantar replika anda ke sekolah (pondok jaga)
コメント